BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jihad Fisabilillah

Friday, July 15, 2011

Tak Terdaya..

Sungguh saat ini aku terasa lemah.
Lemah dan tak terdaya.
Aku gagahkan juga diri ini untuk menaip semua yang tersirat dalam hati ini.
Meskipun pahit untuk aku telan, aku gagahkan juga.

Sungguh saat ini aku terasa Allah sedang mengujiku.
Aku juga perlukan sahabatku disisi.
Sungguh!
Tapi aku tak selamanya akan bergantung pada sahabat2.
Sampai bila kan...

Suatu hari nanti aku juga akan keseorangan.
Jadi aku mula belajar untuk tanggung semuanya.
Biar aku pendam kesedihan dalam hati.
Aku harus belajar untuk hadapinya seorang.
Aku juga kena belajar terus mengadu pada-Nya.

Maaf sahabat.
Bukanku sengaja sembunyi luka dihati.
Aku dah cuba lemparkan senyuman setiap kali ditanya tentang itu.
Meskipun senyuman itu palsu tapi aku cuba mengubati luka dihati dengan cara itu.

Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati hamba-Mu ini agar tabah menghadapi semua dugaan-Mu..

Wahai hati, kau tabahlah..
Aku menginginkan ketabahanmu wahai hati.
Jangan terlalu lemah untuk setiap dugaan yang kau terima.
Ingat juga yang Allah bersamamu.
Kuatlah hati!


Friday, April 8, 2011

Penantian suatu kebahagiaan

Ramai akan mengatakan bahawa penantian adalah suatu penyeksaan..
Tidak bagi saya!
Penantian adalah suatu kebahagiaan andai kita betul-betul menanti dgn penuh keikhlasan..
Ikhlas semata-mata kerana-Nya.
Dia telah caturkan segala-galanya untuk kita
...................................

Kini..
Penantian saya untuk melihat awak lebih bahagia tidak sia-sia kerana saya tahu awak sudah menemui kebahagiaan yang awak cari selama ini kan? 
Biarlah.. 
Biarlah ada sedikit luka dihati.  
Namun,tatkala ini saya sedar yang awak bukan untuk saya.
Dan tatkala ini juga saya sedar yang Dia masih sayangkan saya.
Mungkin kerana itulah Dia mengambil kembali saya untuk lebih mengenali-Nya
Dia telah caturkan segala-galanya untuk kita.

 ......................................



 Saya cakap :
Awak, doa saya adalah melihat kebahagiaan awak.


Friday, April 1, 2011

Warkah terakhir buat Awak :)

 Saya cuma nak dia tau apa yang ada dalam hati saya selama ini.
.........................................................................

Awak, semasa awak dh jauh tinggalkan saya, saya tak sempat nak kejar awak untuk bagi warkah ini..
Nah! cara ini saja yang saya mampu walaupun warkah ini dah usang untuk dibaca..
(ditulis pada Disember 2009)

 ~~******~~
Assalamualaikum...

      Maaf jika warkah saya menganggu situasi awak. Saya doakan awak sentiasa sihat dan dilindungi oleh lembayung rahmat tuhan. Mungkin sekarang awak telah buang saya jauh dari hidup awak, namun, ketahuilah bahawa saya tidak akan cuba buang awak dari hati saya. Saat awak meluahkan isi hati awak pada saya, pada waktu itu, bukan kebahagiaan yang hadir, sebaliknya suatu kerisauan yang muncul seolah-olah saya akan hilang awak selama-lamanya. Tidak ada sesiapa yang mampu mengawal perasaan sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan rasa cinta dan sayang jika ia hadir atau pergi.  Awak, cinta itu ibarat candu yang mengakibatkan ketagihan dan akhirnya kita akan terseksa. "Jangan terbang tinggi, nanti jatuhkan parah". Justeru, sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko itu. Saya bimbang, saya akan jatuh kiranya saya terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

      Bukan niat saya untuk menolak hasrat sesiapa, bukan niat saya nak kecilkan hati awak. Cuma saya beranggapan, semua ini tidak mungkin berlaku antara kita sekarang. Awak, saya bukanlah seorang yang sempurna. Saya ada kekurangan. Justeru, disebabkan ketidaksempurnaan inilah saya masih mencari.. Saya mencari cinta pertama saya, awak...  Cinta Allah SWT..Cinta yang paling sempurna dan agung..Kemudian, mencintai Rasulullah SAW dan ibu ayah saya dengan sempurna.. Apabila saya betul-betul setia dengan cinta ini, barulah saya akan menerima awak..

      Kali pertama saya mendengar tazkirah awak dahulu, sedikit sebanyak tazkirah tersebut telah berjaya mendakwahkan saya untuk berubah. Perkenalan yang telah terjalin bertahun-tahun ini juga telah berjaya mendakwahkan saya untuk kembali kejalan-Nya. Selepas melihat perjuangan awak, saya berusaha mentarbiah dan mendidik diri untuk menjadi wanita yang solehah agar saya dapat menjadi sayap kiri awak suatu hari nanti. Perubahan demi perubahan saya cuba lakukan walaupun menghadapi pelbagai dugaan. Allah hadirkan awak dalam hidup saya dengan hidayah dan petunjuk-Nya..

     Dan kini saya sedar, cinta saya pada awak adalah ikhlas. Saya bukan cintakan jasad awak. Jika saya cintakan jasad awak, pasti saya akan mati kini kerana tidak dapat memilikinya. Tetapi saya cintakan dakwah awak. Dakwah awak yang dahulunya penuh keikhlasan juga telah membawa saya kepada jalan Allah SWT..

      Walaupun sekarang telah ditakdirkan bahawa cinta kita tidak bersama, saya yakin saya masih ada cinta Allah SWT. Dengan pengharapan cinta kepada Allah, saya jadikan bekalan dan kekuatan untuk terus hidup di dunia ini.

      Saya tahu, pasti ada hikmah di sebalik dugaan yang telah Allah berikan untuk kita. Ketahuilah awak, saya pernah mencintai awak kerana Allah SWT...

      Namun kini, saya berserah dengan ketentuan Ilahi.....


~~******~~

Awak.. andai awak membaca warkah ini, saya harap awak takkan pernah lupakan saya. 
Saya tak pinta untuk awak cintakan saya sekali lagi.. tapi cukuplah sekadar saya mengetahui bahawa awak pernah cintakan saya suatu masa dahulu..

P/s : Saya harap awak masih simpan origami bintang dlm botol yang pernah saya bagi dulu
:)


kalau awak nk tahu, dlm byk2 bintang tu, ada satu bintang saja yg sy tulis sesuatu dalam tu

~Tamat~

Saya cakap :
 Takdir jarang mempertemukan kami..

Monday, March 28, 2011

Ya Allah..Berilah kekuatan..

Ya Allah..
Apa la nk jd dgn saya nih...
rasa down ja nih..
rasa mcm x mampu nk hadapi semua nih..
Smpai nk bergerak pn dh lemah..
Tertekan sgt2..
Apa salah diri ini smpai rasa mcm nih?
Mana kekuatan yg dulu bila jd mcmni? 
Ya Allah..
Hanya pada-Mu ku berserah segala-galanya
Berilah kekuatan pada hamba-Mu ini..
:(



Saya cakap :
Imtihan td susah..
huhu

Wednesday, March 23, 2011

Sedih...

:(
Dh lama sy x rasa sesunyi nih..
kali nih rasa nih dh kembali..
Sunyi sangat...!

kenapa perasaan ni hadir balik??
padahal dulu sy dh janji dgn diri sy, walau mcmna sekali pn yg terjadi, kena terima kenyataan.
Dan hati xkan rasa sedih dan sunyi.

Tapi..
sy x kuat utk terima kenyataan demi kenyataan ini.

"Ya Allah...Berilah kekuatan pd hambaMu ini"

Dimana diri ini yg dahulunya kuat?
Dimana jasad ini yg dahulunya istiqamah?
Dimana hati ini yg dahulunya berpegang teguh dgn prinsip?

Sy kena kuat!!
Kuat utk meneruskan hidup
Kuat utk terus istiqamah dijalan-Nya
Kuat utk berpegang teguh pd keimanan.


Kuatlah wahai hati..


Saya cakap :
:(


Monday, March 14, 2011

Bencana..

Minggu ni seluruh dunia digemparkan dgn kejadian gempa bumi dan tsunami kt Jepun..
Bila tengok keadaan tsunami yg melanda Jepun, terasa seolah-olah dunia semakin hampir dgn penghujung.
Keadaan ni boleh menginsafkan kita dan kembali kepada-Nya...

Sekuat dan secanggih manapun manusia cipta, tp kehendak-Nya, xda sapa pn yg boleh lawan. 
Jepun boleh bangga dgn bangunannya yg xkan runtuh bila berlaku gempa bumi sbb bangunan mereka dibina kalis gempa, tapi bila terjadinya tsunami..mmg xda sapa boleh buat apa2 dh.

Selepas kejadian gempa, dunia mula risau ngn loji nuklear yg dikatakan bocor..
ya la kan..manusia bila tamakkan dunia, mereka xkan fikir akibat yg mereka kena tanggung..
Dh jdi cmni, baru nk garu kepala smpai botak,nk pkir cara tangani.
Sememangnya kesan radiasi nuklear boleh menimbulkan bermacam-macam implikasi pd dunia.
Sbb tu la byk rakyat Malaysia x nak bila dikatakan Malaysia akan menggunakan tenaga nuklaer suatu hari nanti..
Memang la tenaga nuklear ni boleh menjana ekonomi negara dgn pantas, tp..kesan nagatif tu byk..

Apepun yg terjadi(bencana), kita kena terima sbb tu mmg dh kehendak-Nya.
Allah dh datangkan petanda, jadi manusia kena la beringat-ingat supaya x leka dibuai mimpi indah di dunia.

"Dan kami tidak membinasakan sesuatu negeri pun melainkan ketentuan masa yang telah ditetapkan"-Surah Al-Hijr,ayat 4.

Saya cakap :
Cuti nih kena habiskan hafalan utk tasmid mggu depan dkt ustaz 'garang'
huhu

Saturday, March 12, 2011

Perasaan..

Perasaan..

hehe
mula nk wat sajak.
malu la nk post kan sajak yg sy wat.
nnti org ckp sy jiwang lak
hehe
:p

Saya cakap :
  bahagia bila tgk dia bahagia
:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...