Saya cuma nak dia tau apa yang ada dalam hati saya selama ini.
.........................................................................
Awak, semasa awak dh jauh tinggalkan saya, saya tak sempat nak kejar awak untuk bagi warkah ini..
Nah! cara ini saja yang saya mampu walaupun warkah ini dah usang untuk dibaca..
(ditulis pada Disember 2009)
~~******~~
Assalamualaikum...
Maaf jika warkah saya menganggu situasi awak. Saya doakan awak sentiasa sihat dan dilindungi oleh lembayung rahmat tuhan. Mungkin sekarang awak telah buang saya jauh dari hidup awak, namun, ketahuilah bahawa saya tidak akan cuba buang awak dari hati saya. Saat awak meluahkan isi hati awak pada saya, pada waktu itu, bukan kebahagiaan yang hadir, sebaliknya suatu kerisauan yang muncul seolah-olah saya akan hilang awak selama-lamanya. Tidak ada sesiapa yang mampu mengawal perasaan sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan rasa cinta dan sayang jika ia hadir atau pergi. Awak, cinta itu ibarat candu yang mengakibatkan ketagihan dan akhirnya kita akan terseksa. "Jangan terbang tinggi, nanti jatuhkan parah". Justeru, sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko itu. Saya bimbang, saya akan jatuh kiranya saya terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.
Bukan niat saya untuk menolak hasrat sesiapa, bukan niat saya nak kecilkan hati awak. Cuma saya beranggapan, semua ini tidak mungkin berlaku antara kita sekarang. Awak, saya bukanlah seorang yang sempurna. Saya ada kekurangan. Justeru, disebabkan ketidaksempurnaan inilah saya masih mencari.. Saya mencari cinta pertama saya, awak... Cinta Allah SWT..Cinta yang paling sempurna dan agung..Kemudian, mencintai Rasulullah SAW dan ibu ayah saya dengan sempurna.. Apabila saya betul-betul setia dengan cinta ini, barulah saya akan menerima awak..
Kali pertama saya mendengar tazkirah awak dahulu, sedikit sebanyak tazkirah tersebut telah berjaya mendakwahkan saya untuk berubah. Perkenalan yang telah terjalin bertahun-tahun ini juga telah berjaya mendakwahkan saya untuk kembali kejalan-Nya. Selepas melihat perjuangan awak, saya berusaha mentarbiah dan mendidik diri untuk menjadi wanita yang solehah agar saya dapat menjadi sayap kiri awak suatu hari nanti. Perubahan demi perubahan saya cuba lakukan walaupun menghadapi pelbagai dugaan. Allah hadirkan awak dalam hidup saya dengan hidayah dan petunjuk-Nya..
Dan kini saya sedar, cinta saya pada awak adalah ikhlas. Saya bukan cintakan jasad awak. Jika saya cintakan jasad awak, pasti saya akan mati kini kerana tidak dapat memilikinya. Tetapi saya cintakan dakwah awak. Dakwah awak yang dahulunya penuh keikhlasan juga telah membawa saya kepada jalan Allah SWT..
Dan kini saya sedar, cinta saya pada awak adalah ikhlas. Saya bukan cintakan jasad awak. Jika saya cintakan jasad awak, pasti saya akan mati kini kerana tidak dapat memilikinya. Tetapi saya cintakan dakwah awak. Dakwah awak yang dahulunya penuh keikhlasan juga telah membawa saya kepada jalan Allah SWT..
Walaupun sekarang telah ditakdirkan bahawa cinta kita tidak bersama, saya yakin saya masih ada cinta Allah SWT. Dengan pengharapan cinta kepada Allah, saya jadikan bekalan dan kekuatan untuk terus hidup di dunia ini.
Saya tahu, pasti ada hikmah di sebalik dugaan yang telah Allah berikan untuk kita. Ketahuilah awak, saya pernah mencintai awak kerana Allah SWT...
Namun kini, saya berserah dengan ketentuan Ilahi.....
~~******~~
Awak.. andai awak membaca warkah ini, saya harap awak takkan pernah lupakan saya.
Saya tak pinta untuk awak cintakan saya sekali lagi.. tapi cukuplah sekadar saya mengetahui bahawa awak pernah cintakan saya suatu masa dahulu..
P/s : Saya harap awak masih simpan origami bintang dlm botol yang pernah saya bagi dulu
:)
~Tamat~
Saya cakap :
Takdir jarang mempertemukan kami..
Takdir jarang mempertemukan kami..











0 comments:
Post a Comment